Perangkap Perisian Palsu Dan Masalah Yang Ditimbulkannya
Selain sut keselamatan internet, beberapa anti-spyware seperti Ad-Aware SE, Spyware Terminator, Spybot - Search & Destroy, Windows Defender, Spy Sweeper dan Spyware Doctor mungkin boleh mengesan trojan perisian palsu. Perisian palsu mampu menimbulkan masalah seperti yang tersebut di bawah.
> Jika di klik ikon 'popup' berkenaan anda akan dibawa ke tapak web perisian palsu.
> Mendakwa sistem dijangkiti spyware dan boleh menjejaskan prestasi.
> Ia mencipta/memanggil semula komponen perisiannya jika dibuang secara manual.
> Cubaan membuangnya komponennya mampu menyebabkan kelumpuhan sistem.
> Menayang mesej amaran yang kononnya sistem dijangkiti spyware.
> Beroperasi sebagai proses menduduki sistem seperti 'isamain.exe', 'ismain.exe'.
> Prosesnya hanya boleh dimatikan menerusi 'Task Manager' dan mampu aktif semula.
> Menghalang akses ke tapak web keselamatan sekalu gus mengelak daripada dikesan.
> Wujud hubungan dengan perisian lain yang sama motifnya tetapi berbeza namanya.
> Mendesak melalui helah agar pengguna membeli versi yang beroperasi sepenuhnya.
> Setelah dipasang ia sukar dibuang atau dipasang semula jika komponennya dibuang.
> Perlindungan aman minimum, tiada langsung atau sekadar memperdaya.
> Keputusan imbasan tidak tepat dan membesar-besarkan ancaman yang tidak kritikal.
> Ia tidak membuang sebarang ancaman yang dikesan kecuali salinan sepenuhnya dibeli.
> Diedar menerusi kelemahan pelayar web, dimuat turun atau dipasang melalui trojan.
> Mendakwa boleh mengesan/membuang pelbagai spyware dengan imbasan berkualiti.
> Perisian menjadi lembab setelah perisian palsu dipasang.
> Disertai dengan trojan untuk mencuri data sulit atau mendail nombor tertentu tanpa disedari.
> Perisian keselamatan tulen mengesannya atau melabelnya sebagai spyware/adware.